Gabriel Jesus
Gabriel Jesus

Gabriel Jesus

Gabriel Fernando de Jesus (lahir 3 April 1997) ialah pemain bola sepak profesional Brazil yang beraksi sebagai penyerang untuk kelab Arsenal dan pasukan kebangsaan Brazil.Jesus memulakan kariernya di kelab Palmeiras dan beliau dinobatkan sebagai Pemain Baru Terbaik di saingan Campeonato Brasileiro Série A 2015 dan membantu pasukannya memenangi Copa do Brasil. Pada tahun 2016, beliau meraih Bola de Ouro dengan membantu Palmeiras merangkul kejuaraan liga buat kali pertama dalam masa 22 tahun. Jesus kemudiannya menyertai kelab Inggeris, Manchester City pada Januari 2017 melalui perpindahan yang bernilai £27 juta[4] dan berjaya menjuarai empat Liga Perdana Inggeris, tiga Piala EFL dan satu trofi Piala FA Inggeris. Pada Julai 2022, beliau berpindah ke Arsenal dengan perpindahan sebanyak £45 juta.Selepas tampil dalam 21 perlawanan dan menjaringkan tujuh gol di peringkat remaja termasuk melangkah ke final Piala Dunia B-20 FIFA 2015 dan meraih pingat emas di Sukan Olimpik 2016,[5] Jesus berjaya melakukan debut untuk skuad senior Brazil pada September 2016. Beliau merupakan sebahagian daripada skuad Brazil yang layak ke dua edisi Piala Dunia iaitu pada tahun 2018 dan 2022,[6] serta mengambil bahagian di kejohanan Copa América pada tahun 2019 dan 2021, dengan memenanginya pada edisi 2019.[7]

Rujukan

WikiPedia: Gabriel Jesus https://web.archive.org/web/20190611000407/https:/... https://www.fifadata.com/documents/FWC/2018/pdf/FW... https://www.espn.co.uk/football/player/_/id/217289... https://www.worldfootball.net/player_summary/gabri... https://web.archive.org/web/20170209164805/https:/... https://www.mancity.com/news/first-team/2017/01/19... https://web.archive.org/web/20160805192530/https:/... https://www.rio2016.com/en/news/brazil-s-two-gabri... https://www.soccerladuma.co.za/news/articles/inter... https://sportstar.thehindu.com/football/copa-ameri...